Friday, 14 October 2016

Bengkak Susu dan Ketulan : Tips Rawatan



Assalamualaikum semua..

Bengkak susu..sakit wooo..kalau kene memang boleh demam instant taw..demam yang panas tahap gigil2 tu..sakit amat..T_T

okie..bengkak susu ni mainly disebabkan lambat pam la kalau kes aku..huhuuu..or terlepas waktu pam..or if kat rumah tu anas xbape minum..huhuuuu..so far anas dah setahun dua bulan ni..ada la 3 kali gak kut aku kene bengak susu ni..

1st waktu anas baby lagi..waktu tu anas umur 3 or 4 hari kut xsilap aku..citernya anas duduk kat wad baby dari born n aku plak duk dekat wad ibu bersalin..anas terpaksa duduk kat situ sebab kene amik antibiotik..sebab doc kata waktu lahir tu anas punye heartbeat laju..not so sure..maybe sbb anas pun dah letih lama sangat kat bawah tu dok push..huhuuu..maafkan ummi anas..okie balik citer tadi..on 2nd day lepas bersalin tu aku dah boleh balik..tapi sebab anas plak detect kuning so anas still kene tahan kat wad baby..citernya..aku naik wad baby tnya ada tempat kosong ke tak..n rezeki aku dapat katil..so barang2 mcm pam dah angkut balik..stay la aku kat wad baby..dengan cita2 nak kasi direct feed je kat anas..so pam xguna..tapi aku silappp..huhuuu..sekali esok paginya ak kene bengkak susu..cik b keras amat..sakit amat yang nak perah pun xdaya..cik nurse datang check n end up dia tolong urut and mermet..nangis aku kut time nurse tu picit..T_T tapi apakan daya..kalau x urut lagi teruk..hahahaa..dah throwback panjang lebar plak..okie next time buat entry pasal deliver anas ak story lebih..hahaa..

baik..back to bengkak susu ni..last week akukene lagi..which is yg kali ke 3 la..aku lepak girls time out dengan nasy n order air longan..xpernah plak minum sebelum ni..n aku suspect air longan ni milkbooster aku..terus 2 3 jam pastu aku rasa mcm seram sejuk n xbape sihat..n rasa cik b ni keras n berat je..anas plak mcm xbape nak minum susu plak time tu..huhuuu..than ptg tu aku terus demam panas okie..T_T

Bengkak susu ni ada dua jenis..duktus tersumbat or clogged duct n lagi satu mastisis..

DUKTUS TERSUMBAT (Ketulan sakit)



Terdapat 2 jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada dan berasa sakit, lazimnya di setai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjolan itu.  Ini di katakan "duktus susu tersumbat".  Malah duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut.  Duktus tersumbat sebenarnya adalah martitis peringkat awal.

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan.  Biasanya benjolan/ketulan sakit dan kadang-kadang terdapat juga tompok merah.

Pada peringkat awal, mungkin tiada jangkitan kuman yang  berlaku.  Namun, jika di biarkan tanpa rawatan, bakteria boleh menjakiti kawasan tersebut dan akhirnya, duktus susu tersumbat tadi akan bertukar menjadi martitis.

Kita boleh kesan Duktus susu tersumbat ini apabila dapati ada ketulan bengkak dalam payudara serta tompok merah di kulit payudara berdekatan ketulan itu.  Ketulan itu, mungkin menyakitkan apabila di tekan.. 


MASTITIS (Keradangan Buah Dada)



Mastitis adalah keradangan buah dada yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi.  Ia akan membuatkan anda berasa seperti anda di jangkiti selsema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda.  Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang di jangkiti. Selain itu anda akan merasakan benjolan/ ketulan kecil sama seperti keadaan duktus tersumbat.

Tanda2 mastitis yang sering berlaku dan serius termasuk seram sejuk, sakit kepala, suhu badan melebihi 38.5 darjah C dan keletihan.  Simptom2 ini desebabkan oleh kongesi tisu di sekitar kawasan jangkitan.

Mastitis yang berasal dari infeksi mengkin berlaku disebabkan stasis susu atau serangan kuman.

Bukan hanya boleh di jangki oleh ibu2 yang fully bresfeeding tapi sesetengah ibu yang memberi susu formula juga boleh di jangkiti.  Mastitis juga jarang melibatkan kedua-dua buah dada pada satu masa.

Selalunye terjadinya mastitis ni di sebabkan bayi tidak mampu mengosongkan buah dada sepenuhnya semasa dia menghisap.  Biasenye punca masaalah terletak pada cara bayi melekap ke dada semasa menyusu.  Jika anda n bayi kurang tahu bagaimana lekapan dengan baik, susu tidak akan disedut keluar dengan efisien. Selain itu, tidak menyusukan mengikut rutin berjadual atau trauma kepada buah dada adalah salah satu punca terjadinya mastitis.

So, walau betapa sakit dirasakan menghidapi mastitis, ia tidak menjejaskan bayi anda dan adalah selamat untuk bayi anda menyusu pada buah dada yang radang bengkak.  Bagi mastitis jenis infeksi pun dimana bayi anda akan menelan bakteria yang terkandung dalam susu yang terjejas, apa yang berlaku ialah bakteria akan dibunuh oleh asid dalam perut bayi anda.


okie ni aku share apa yang aku buat untuk kurangkan bengkak susu aku..huhuuu..

i) TUAM dengan air panas or HOT PRESS Tak kisah la korang nak pakai tungku ke tuala ke, janji istilah dia tuam. Cara paling mudah, masuk air panas tu dalam botol dan tuam...lagi mudah!

ii) URUT. Tak payah la sampai korang pi cari mak cik tukang urut tu datang semata-mata untuk urut breast korang...urut sendiri dah... guna jari korang tu, ambik minyak panas, cari tempat yang terasa berketul-ketul tu dan letak jari korang dan urut dengan buat teknik berpusar/membulat pada ketulan tu sampai ketulan tu hilang.

iii) Mandi air SUAM. Tak kisah la kalau korang rajin nak gi kolam air panas ke hape ke

iv) Sapu CUKA kat kawasan yang bengkak n ada ketulan tu..hati2 makesure niple xkene taw.

v) Yang paling penting kasi susu sekerap mungkin kat baby n kalau xkosong sila pam..sebab bila bengkak ni baby pun kadang xbape mau nak hisap..maybe sbb keras n kene keje keras kut..wallahualam..

okie..ni entry aku yang paling panjang..bertabahlah..

p/s : aku baca kalau dalam 2 minggu if bengkak or ketulan tu mcm xkurang..sila pergi klinik n buat ultrasound..so that doc boleh tengok either tersumbat biasa n kasi antibiotik or dah bernanah jadi mastisis ( minta dijauhkan) n kene operate..

thanks for reading..till we meet again in next entry..ahhahaa..
 (^_ ^)


No comments: